Sunday, October 23, 2016

   As salam ... salam pembuka bicara buat semua. 2017 tahun yang dijangka mencabar dari segi ekonomi kerana iklim ekonomi dunia yg perlahan juga dengan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.
 
   Namun begitu ada juga beberapa industri yang dijangka berkembang pesat dan salah satunya adalah bertambahnya rakyat malaysia yang menambah simpanan dan juga melabur dalam produk pelaburan yang lain seperti insuran dan juga takaful.
 
   Menjelang 2020 dijangka penambahan RM5 billion untuk industri insuran takaful sahaja sejajar dengan tahap kesedaran yang meningkat di kalangan rakyat Malaysia untuk memiliki polisi insuran takaful sebagai perlindungan kewangan apabila terkena penyakit penyakit kritikal juga sebagai simpanan tambahan hari tua.
 
   Oleh kerana permintaan terhadap produk takaful semakin meningkat, maka industri takaful ini kini memerlukan ramai perunding takaful untuk membantu masyarakat untuk mereka melabur dalam takaful.
 
   Saya mewakili Khalifah Group Prudential BSN Takaful berpusat di Damansara Intan Seksyen 17 Petaling Jaya Selangor mempelawa lepasan lepasan SPM, Diploma dan Degree menyertai kami sebagai perunding Takaful untuk 2017.
 
   Jadilah perantis kami di bawah program Be A Boss yang akan membantu bagaimana menjana perniagaan sendiri pendapatan yang LUARBIASA dalam industri Takaful.


Hubungi saya Haslin di 013-3373346 untuk kami bantu anda.



Untuk Pendapatan LuarBiasa

Hubungi Haslin 013-3373346


Sunday, October 9, 2016

Bolasepak Causeway Challange Malaysia 0 Singapore 0

Assalamualaikum, cerita saya kali nie berkisar tentang keputusan bolesepak Causeway Challenge 
di antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Kallang Singapura yang berkesudahan hasil lesu 0-0 selepas 90 minit tamat perlawanan.
   
   Melihat siaran langsung di kaca tv secara peribadi saya berpandangan seperti berikut:-
1) Perlawanan yang agak membosankan kerana lawan Malaysia iaitu Singapore bukanlah pasukan         yang kuat dan mutu permainan mereka memang di bawah pemainan yang berkualiti.
2) Malaysia bermain jauh sekali di bawah keupayaan mereka sebagai pemain kebangsaan negara             kerana terikut ikut rentak permainan pasukan Singapura yang tiada kualiti.
3) Selain tu pasti juga rasa tak puas hati di kalangan peminat dua dua negara kerana tiada gol yang         dapat dihasilkan.

   Nampaknya bolasepak Malaysia masih lagi tiada perubahan yang akan menjurus kepada tiada peningkatan mutu bolasepak negara kita dan juga rangking fifa yang sepatutnya malaysia berada di bawah tangga yang ke 100. 

  Berikut adalah cadangan saya untuk bolasepak kita akan ada peningkatan ... sekali lagi saya tekankan ini adalah cadangan dan tiada paksaan.
1) Hentikan pertandingan persahabatan dengan pasukan yang sama kelompok iaitu Asean, sebaiknya adakan persahabatan dengan pasukan top 4 dikalangan negara negara Asia agar mutu permainan pasukan negara dapat ditingkatkan. Sekadar dengan negara asean, tiada peningkatan.
2) Lantik orang yang benar benar layak dalam FAM di mana orang ini tahu apa tugas utama mereka dalam menaikkan mutu dan nama bolasepak Malaysia. Antara tugas tugas mereka adalah mendapatkan perlawanan persahabatan peringkat tinggi dengan negara negara bolasepak terkuat dalam AFC. Apa guna bernaung dalam persatuan AFC sedangkan tak dapat pelawanan persahabatan dengan negara negara seperti Korea Selatan, Jepun, Iran juga Australia. Lagi baik kalau orang yang di dalam FAM ini mampu mengaturkan pelawanan dengan pasukan pasukan yang sudah di dalam piala dunia seperti Brasil, Italy, Sepanyol, Argentina dll.
3) Apabila dapat buat perlawanan persahabatan tahap tinggi, tetapkan target pasukan kebangsaan untuk MENANG dalam semua perlawanan yang diaturkan ... bukan di letakkan target sebagai perlawanan ujian atau persembahan. In shaa allah akan ada hasil lebih baik kerana pemain pemain faham dengan jelas apa yang harus dilakukan.
4) Ambil jurulatih yang pernah bermain di piala dunia ... lebih baik jurulatih yang ada keupayaan untuk support atur perlawanan persahabatan dengan negara negara terkuat piala dunia. Bermainlah dengan orang yang pakar dalam bolasepak, in shaa allah bolasepak negara akan ada peningkatan ketara. 

   Percayalah, apabila pasukan bolasepak kita hebat dan kuat, industri bolasepak negara kita juga akan kuat dan banyak pihak akan dapat manafaat dari bolasepak ini. Pelawanan liga liga negara kita akan diminati dan peminat peminat pasti akan membanjiri stadium untuk melihat pemain pemain kebangsaan bermain untuk negeri negeri yang mereka wakili.

   Bekas nama nama pemain yang masih saya minati ... Allahyarham Mokhtar Dahari, Azizul Abu Hanifah, Karim Pin, dll 

Majulah sukan Bolasepak untuk negara ... sempena Hari Sukan Kebangsaan 2016.

Sekian

Saturday, September 5, 2015

Assalamualaikum

   Saya minat main bola ... sekarang minat tengok bola terutama melibatkan perlawanan Harimau Malaya. 10 berbalas 0, itulah keputusan harimau malaya dibelasah UAE dan pastinya keputusan ini sungguh menghancurkan harapan semua peminat bolasepak tanahair, juga dianggap memalukan negara. Yang lebih kecewa ... harimau malaya dibimbing oleh bekas bekas bintang bolasepak negara yg disegani sedikit waktu dulu ... seperti Dollah Salleh dan Reduan Abdullah.
   Melihat kepada perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya menentang Bangladesh lalu, seperti sudah dapat dijangka dengan tumpulnya jentera serangan negara ... harimau malaya sukar untuk menewaskan UAE. Barisan serangan yang diisi oleh Hazwan Bakri sangatlah tidak praktikal dibuat oleh ketua jurulatih kerana penyerang ini kelemahan utamanya adalah menjaringkan gol.
   Tidak kira berapa hebat pun gaya penyerang itu tapi kalau rekod lampau menunjukkan tiada jaringan yang dapat dibuat, meletakkan penyerang nie dihadapan adalah satu keputusan yg sangat sangat kurang tepat apa tah lagi ketua jurulatih menekankan format meyerang pada perlawanan menentang UAE lalu. Jadi sedikit tanda tanya kenapa Hazwan Bakri ini bermain untuk Harimau Malaya? Seharusnya posisi serangan ini diisi oleh penyerang seperti Rozaimi Abdul Rahman yang memiliki rekod cemerlang menjaringkan gol di peringkat antarabangsa.
   Menyentuh bahagian pertahanan pula, bertemu pasukan UAE yg pantas ini, pertahanan kita bermain open dengan 4 pertahanan dalam satu barisan dan ini memudahkan UAE menghantar bola loop kepada penyerang mereka yang pantas cerdik dan bijak untuk menjaringkan goal. Perlu ada pemain seperti Shukor Adan yang menjadi stopper, bermain sedikit keras mengekang kemaraan serangan pihak lawan ke pintu gol harimau malaya. Mohd Fakri Sharani sesuai untuk posisi ini.
   Pemain seperti S. Kunanlan yang mempunyai kepantasan berlari seharusnya digilap dan dilatih untuk boleh menjaringkan gol dengan tendangan padu dari luar kotak penanlti, maka tidaklah dia hilang punca setelah melarikan bola dengan pantas ke arah gawang pihak lawan. Pemain mempunyai keistimewaan sendiri tapi jurulatih perlu tambah nilai kepada pemain tersebut .
 Apa apa pun selepas ini harimau malaya harus lebih banyak buat study kekuatan pasukan lawan. Tiada jalan mudah untuk berjaya kerana seluruh dunia sekarang permainan bola semakin meningkat dan meningkat . Itu saja komen peribadi saya, terkasar bahasa mohon maaf pada yang membaca.

Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum,
Dah lama saya tak menulis dalam blog saya ini sejak dec tahun lepas ... ini kerana sedang menumpukan usaha untuk memajukan restoran Ina Jaguh Kampung yang telah dibuka di seksyen 7 shah alam bersama partner dan juga staff. Restoran Ina Jaguh Kampung ditutup sebulan ... ogos 2012 untuk tujuan penilaian semula dan penambahbaikan.
   Hari ini sudah hari raya aidilfitri yang ke 4, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ... selamat menjalani puasa 6. Insya allah restoran Ina Jaguh Kampung akan dibuka semula pada 1 September 2012 ... menyediakan menu utama Nasi Ayam, Nasi Campur dan Ala Carte. Wasalam

Monday, December 19, 2011

restoran ina jaguh kampung ( IJK shah alam )

Assalamualaikum, teringat rancangan masak memasak di astro, pertandingan antara negeri iaitu Jaguh Kampung. Naib juara adalah wakil selangor ... lalu ketua pasukannya, kak ina telah membuka sebuah restoran Kak Ina Jaguh Kampung di bandar baru kuala selangor.
   Kali ini pulak restoran kedua iaitu restoran nasi ayam Ina Jaguh Kampung akan dibuka pada minggu akhir  Disember 2011 di sek.7 lama shah alam, Selangor. Antara yang ditawarkan pada bakal pelanggan adalah nasi ayam, goreng goreng dan panas panas serta minuman.
   Harapan restoran kali kedua ini akan bertambah maju . Sekian.

Friday, August 26, 2011

Sejuk Station Ice Blended Bubble

Assalamualaikum, hari ini saya ingin bercerita tentang cawangan kedua Sejuk Station yang akan dibuka dengan rasminya pada 18 Sept. 2011. Sejuk Station pertama adalah di LG Plaza Alam Central dan yang kedua ini mengambil tempat di GF Centro Batu 3 Klang ( Citibank Klang ). Antara menu utamanya adalah ice blended beranika perasa, kaya ball, waffle dan stim cup corn. Sejuk Station juga menawarkan potongan segar guava johor untuk pelanggan. Adalah dijangka menjelang hujung tahun 2011 ini, Sejuk Station akan menambah 3 lagi cawangan di kawasan lembah kelang dalam menyediakan perkhidmatan ice blended bermutu tinggi kepada penggemar2nya. SEJUK dan SEGAR .... untuk yang tinggal di negara iklim panas Malaysia yang kita cintai ini.

Saturday, July 30, 2011

Malaysia - Kelayakan Piala Dunia 2014

Assalamualaikum pembuka bicara, terlintas pula dihati untuk menberi pandangan tentang kelayakan piala dunia, pertemuan harimau malaya menentang negara singa. Apabila harimau bertemu singa, pasti singa ada banyak kelebihan daripada harimau. Apa pun secara keseluruhan pasukan malaysia bermain dengan baik di bukit jalil daripada bermain di singapura tempoh hari.
   Apa yang sedikit terkilan adalah dari segi pemilihan dan kesesuaian pemain yang diturunkan oleh coach pasukan malaysia pada dua dua perlawanan di singapura dan juga di bukit jalil. Pada pandangan peribadi saya, keputusan coach malaysia kurang tepat apabila membuat keputusan menurunkan penjaga gawang negeri terengganu yang bolos banyak gol pada perlawanan perlawanan penting pasukan negara sebelum ini.
   Harapan rakyat yang mengunung untuk melihat pasukan harimau malaya melangkah ke peringkat seterusnya seharusnya diambil kira oleh coach Malaysia untuk betul betul meneliti prestasi dan kebolehan setiap pemain lalu memilih pemain mana yang harus diturunkan menentang pasukan singapura. Dari apa yang saya lihat, barisan pertahanan kita boleh bermain dengan baik sekiranya digandingkan dengan penjaga gawang gol Kelantan. Penjaga gol Kelantan ternyata lebih tahu bahawa dialah pertahanan terakhir sebenar pasukan malaysia, bukannya the last man dari barisan pertahanan ( fullback ) sedangkan penjaga gawang Terengganu bertindak sebaliknya. Sentiasa menyalahkan pertahanan apabila gol sedangkan dia melekat di tengah tengah gol tanpa sebarang usaha untuk menepis bola dari masuk ke dalam gawang.
   Maka adalah diharap sekiranya penjaga gawang terengganu ini masih terpilih untuk pasukan Malaysia,
dia dapat memperbaiki lagi prestasi agar gol Malaysia tidak bolos lagi. Saya juga berharap coach Malaysia menimbang semula keperluan sebenar pasukan malaysia pada pemain bernombor 13 yang baru aje mencari red card daripada mencari gol untuk pasukan Malaysia. Saya secara peribadi meminta pemain bernombor 13 ini tidak disenaraikan dalam pasukan Malaysia sehingga dia betul betul layak dan berkebolehan menjaringkan gol. Saya mohon maaf atas pandangan saya ini tetapi saya sangat ingin melihat pasukan Malaysia menjadi pasukan yang mampu bersaing dalam tempat teratas di asia. Wasalam.