Saturday, April 16, 2011

Medan Indonesia - Bunyi HON

As salam buat semua, semoga semua sihat2 belaka. Kali nie cerita sekitar lawatan ke Medan. Nak cerita dulu pasal penerbangan. Saya pergi berdua dengan kawan baik saya, saudara Kamarudin menaiki pesawat AIR ASIA, KL-Medan. Kami tiba jam 12 tengah hari disambut riang oleh pemandu pelancong kami iaitu Bapak Bambang atau panggilan biasa pak bambang aje. Kami dibawa menaiki mobil atau kereta pak bambang sendiri iaitu toyota unser / kijang yang telah berusia lebih sepuluh tahun. Cuma air-cond nya bagus dan nyaman sekali.
   Pertamanya yang menjadi kejutan budaya buat kami adalah jalanrayanya yang sangat padat dengan kenderaan kecil dan besar. Keretanya sangat rapat rapat bergerak, kebanyakan keretanya 70% adalah MPV menyebabkan sangat sesak di kotaraya medan ini. Bunyi HON bertalu talu memukul gegendang telinga ini dan hon ini sudah menjadi budaya orang medan bila berkereta dijalanan. Sakit hari betul dengan bunyi bunyi hon yang tak henti henti berbunyi ditambah lagi dengan jalan yang sesak.
   Setelah dikaji tentang hon ini, rupa rupanya hon ini sudah menjadi bahasa isyarat ketiga memandu dijalan jalan sesak di medan. Bunyi bunyi hon ini juga yang dapat mencegah dari berlakunya perlangggaran walaupun kereta kereta bergerak sangat rapat. Memang menakjubkan sepanjang 3 hari saya dan kawan di medan, tidak pernah satu pun eksiden yang berlaku di jalan raya di medan. Kalau di KL atau di Klang, dalam sehari itu pasti ada satu atau dua kejadian eksiden berlaku dapat dilihat.
   Bunyi HON sekali bererti aku ada kat belakang kau, jaga jaga. Bunyi HON 2 kali bererti tolong ketepi sikit, aku nak memotong kau. Bunyi HON panjang, bererti kau nie lambat betul ... cepat sikit jalan tu. Aku potong kau ajelah .... begitulah serba sedikit makna isyarat HON di medan yang aku tanyakan pada pak bambang. Kadang kadang kalau kita cuma tahu nak marah tapi tak mahu cari punca berlakunya perkara yang kita tak senangi, seperti bunyi bunyi hon ini ... memang menyakitkan telinga tetapi kesannya jalanraya itu selamat tanpa kemalangan. Insya-allah.

As salam

Assalamualaikum buat pembaca blog ini, harapan saya agar kalian semua berada di dalam keadaan sihat. Wah, dah lama juga saya tak update blog ini, tetapi setelah saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan web web saya yang lain, maka tinggal blog ini sahaja untuk saya bercerita.
   Yang terkini berita adalah berkenaan dengan tsunami di negara matahari terbit iaitu Jepun atau dalam bahasa jepun dipanggil Nippon. Kawasan yang paling teruk sekali ialah di daerah Sendai, iaitu sebuah kawasan rata yang penuh dengan tanaman padi dan sayur sayuran dilanda air laut tsunami.
   Menurut rakan saya yg baru sahaja datang ke Malaysia minggu lepas iaitu Numata San, kawasan rumahnya iaitu di kawasan Chiba, berdekatan dengan Tokyo walaupun tidak dilanda Tsunami, seluruh tanah di sekeliling rumahnya terangkat ke atas selepas gemba, menyebabkan rumahnya seperti mendap separuh ke dalam tanah. Menurutnya lagi seramai lebih 35 ribu orang telah terkorban dan lebih 35 ribu lagi hilang tidak dapat dikesan. Tapi apa yang menyedihkan, ketika tsunama itu sedang melanda, kebanyakan yang terkorban tinggal di dalam rumah dengan harapan dapat selamatkan diri. Yang selamat cuma yang dapat melarikan diri ke kawasan bukit atau di atas bumbung bangunan bangunan yang besar sahaja. Tinggi air ketika itu adalah di antara 10 meter ke 15 meter dan bertekanan kuat membawa lumpur dari laut.
   Apa apa pun kita di Malaysia ini harus beringat bahawa bencana kalau datang tanpa di undang, waktu kita berasa selamat itu lah selalu datangnya musibah ... juga dugaan dari Allah S.W.T untuk hambanya. Selalulah kita sebagai orang islam melakukan perkara yang disuruh, menegah perkara yang dilarang syarak agar kita dilindungi Allah bila bila masa. Seringan ringan perkara adalah meninggalkan solat, maka jagalah solat 5 waktu sebaik baiknya.