Saturday, September 5, 2015

Assalamualaikum

   Saya minat main bola ... sekarang minat tengok bola terutama melibatkan perlawanan Harimau Malaya. 10 berbalas 0, itulah keputusan harimau malaya dibelasah UAE dan pastinya keputusan ini sungguh menghancurkan harapan semua peminat bolasepak tanahair, juga dianggap memalukan negara. Yang lebih kecewa ... harimau malaya dibimbing oleh bekas bekas bintang bolasepak negara yg disegani sedikit waktu dulu ... seperti Dollah Salleh dan Reduan Abdullah.
   Melihat kepada perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya menentang Bangladesh lalu, seperti sudah dapat dijangka dengan tumpulnya jentera serangan negara ... harimau malaya sukar untuk menewaskan UAE. Barisan serangan yang diisi oleh Hazwan Bakri sangatlah tidak praktikal dibuat oleh ketua jurulatih kerana penyerang ini kelemahan utamanya adalah menjaringkan gol.
   Tidak kira berapa hebat pun gaya penyerang itu tapi kalau rekod lampau menunjukkan tiada jaringan yang dapat dibuat, meletakkan penyerang nie dihadapan adalah satu keputusan yg sangat sangat kurang tepat apa tah lagi ketua jurulatih menekankan format meyerang pada perlawanan menentang UAE lalu. Jadi sedikit tanda tanya kenapa Hazwan Bakri ini bermain untuk Harimau Malaya? Seharusnya posisi serangan ini diisi oleh penyerang seperti Rozaimi Abdul Rahman yang memiliki rekod cemerlang menjaringkan gol di peringkat antarabangsa.
   Menyentuh bahagian pertahanan pula, bertemu pasukan UAE yg pantas ini, pertahanan kita bermain open dengan 4 pertahanan dalam satu barisan dan ini memudahkan UAE menghantar bola loop kepada penyerang mereka yang pantas cerdik dan bijak untuk menjaringkan goal. Perlu ada pemain seperti Shukor Adan yang menjadi stopper, bermain sedikit keras mengekang kemaraan serangan pihak lawan ke pintu gol harimau malaya. Mohd Fakri Sharani sesuai untuk posisi ini.
   Pemain seperti S. Kunanlan yang mempunyai kepantasan berlari seharusnya digilap dan dilatih untuk boleh menjaringkan gol dengan tendangan padu dari luar kotak penanlti, maka tidaklah dia hilang punca setelah melarikan bola dengan pantas ke arah gawang pihak lawan. Pemain mempunyai keistimewaan sendiri tapi jurulatih perlu tambah nilai kepada pemain tersebut .
 Apa apa pun selepas ini harimau malaya harus lebih banyak buat study kekuatan pasukan lawan. Tiada jalan mudah untuk berjaya kerana seluruh dunia sekarang permainan bola semakin meningkat dan meningkat . Itu saja komen peribadi saya, terkasar bahasa mohon maaf pada yang membaca.

No comments:

Post a Comment