Monday, December 19, 2011

restoran ina jaguh kampung ( IJK shah alam )

Assalamualaikum, teringat rancangan masak memasak di astro, pertandingan antara negeri iaitu Jaguh Kampung. Naib juara adalah wakil selangor ... lalu ketua pasukannya, kak ina telah membuka sebuah restoran Kak Ina Jaguh Kampung di bandar baru kuala selangor.
   Kali ini pulak restoran kedua iaitu restoran nasi ayam Ina Jaguh Kampung akan dibuka pada minggu akhir  Disember 2011 di sek.7 lama shah alam, Selangor. Antara yang ditawarkan pada bakal pelanggan adalah nasi ayam, goreng goreng dan panas panas serta minuman.
   Harapan restoran kali kedua ini akan bertambah maju . Sekian.

Friday, August 26, 2011

Sejuk Station Ice Blended Bubble

Assalamualaikum, hari ini saya ingin bercerita tentang cawangan kedua Sejuk Station yang akan dibuka dengan rasminya pada 18 Sept. 2011. Sejuk Station pertama adalah di LG Plaza Alam Central dan yang kedua ini mengambil tempat di GF Centro Batu 3 Klang ( Citibank Klang ). Antara menu utamanya adalah ice blended beranika perasa, kaya ball, waffle dan stim cup corn. Sejuk Station juga menawarkan potongan segar guava johor untuk pelanggan. Adalah dijangka menjelang hujung tahun 2011 ini, Sejuk Station akan menambah 3 lagi cawangan di kawasan lembah kelang dalam menyediakan perkhidmatan ice blended bermutu tinggi kepada penggemar2nya. SEJUK dan SEGAR .... untuk yang tinggal di negara iklim panas Malaysia yang kita cintai ini.

Saturday, July 30, 2011

Malaysia - Kelayakan Piala Dunia 2014

Assalamualaikum pembuka bicara, terlintas pula dihati untuk menberi pandangan tentang kelayakan piala dunia, pertemuan harimau malaya menentang negara singa. Apabila harimau bertemu singa, pasti singa ada banyak kelebihan daripada harimau. Apa pun secara keseluruhan pasukan malaysia bermain dengan baik di bukit jalil daripada bermain di singapura tempoh hari.
   Apa yang sedikit terkilan adalah dari segi pemilihan dan kesesuaian pemain yang diturunkan oleh coach pasukan malaysia pada dua dua perlawanan di singapura dan juga di bukit jalil. Pada pandangan peribadi saya, keputusan coach malaysia kurang tepat apabila membuat keputusan menurunkan penjaga gawang negeri terengganu yang bolos banyak gol pada perlawanan perlawanan penting pasukan negara sebelum ini.
   Harapan rakyat yang mengunung untuk melihat pasukan harimau malaya melangkah ke peringkat seterusnya seharusnya diambil kira oleh coach Malaysia untuk betul betul meneliti prestasi dan kebolehan setiap pemain lalu memilih pemain mana yang harus diturunkan menentang pasukan singapura. Dari apa yang saya lihat, barisan pertahanan kita boleh bermain dengan baik sekiranya digandingkan dengan penjaga gawang gol Kelantan. Penjaga gol Kelantan ternyata lebih tahu bahawa dialah pertahanan terakhir sebenar pasukan malaysia, bukannya the last man dari barisan pertahanan ( fullback ) sedangkan penjaga gawang Terengganu bertindak sebaliknya. Sentiasa menyalahkan pertahanan apabila gol sedangkan dia melekat di tengah tengah gol tanpa sebarang usaha untuk menepis bola dari masuk ke dalam gawang.
   Maka adalah diharap sekiranya penjaga gawang terengganu ini masih terpilih untuk pasukan Malaysia,
dia dapat memperbaiki lagi prestasi agar gol Malaysia tidak bolos lagi. Saya juga berharap coach Malaysia menimbang semula keperluan sebenar pasukan malaysia pada pemain bernombor 13 yang baru aje mencari red card daripada mencari gol untuk pasukan Malaysia. Saya secara peribadi meminta pemain bernombor 13 ini tidak disenaraikan dalam pasukan Malaysia sehingga dia betul betul layak dan berkebolehan menjaringkan gol. Saya mohon maaf atas pandangan saya ini tetapi saya sangat ingin melihat pasukan Malaysia menjadi pasukan yang mampu bersaing dalam tempat teratas di asia. Wasalam.

Monday, May 2, 2011

ice blended

As salam semua, harapan semoga semuanya baik baik belaka. Hari nie ada singgah shah alam dari perjalanan pulang ke klang dari kl. Semata mata nak menikmati secawan ice blended dari kawan punya ice blended kiosk di Plaza Alam Sentral ... nama kiosknya Ice Blended Sejuk Station. Fuh ... memang sedap rasa ice blendednya ... rasanya padat dan di sedapkan lagi dengan kehadiran pearl atau bubble hitam satu sudu. Seronok rasanya dapat mengunyah bubble yang menuetralkan rasa manis lemak choco ice blended yang saya beli.
   Nie nak cerita sikit pasal ice blended nie ... memang perniagaan nie sesuai di bumi Malaysia nie disebabkan cuaca yang panas dan lembab menyebabkan produk berasaskan air lagi sejuk mendapat sambutan ramai peminat. Menurut kata kawan saya ... tuan punya sejuk station nie ... kalau nak ada jualan yang baik, yang paling penting kualiti rasa ice blended itu sendiri. Menurut dia lagi, purata sehari jualannya lebih kurang 100 cup ice blended ... cukup untuk menjana pendapatan yang baik tanpa perlu makan gaji kalau diusahakan sendiri tanpa upah pekerja.
   Kepada peminat2 ice blended tu ... cubalah ice blended Sejuk Station nie sendiri, dah rasa pasti nak lagi.
Cari kiosk nie cuma ada di Plaza alam sentral Shah Alam tingkat bawah ... berhadapan Ani sup utara ... banyak lagi perasa yang lain seperti mocha, latte, perisa buah yang pasti menawan lidah merasai rasa manis ice dengan rasa kenyal bubble hitam.

Saturday, April 16, 2011

Medan Indonesia - Bunyi HON

As salam buat semua, semoga semua sihat2 belaka. Kali nie cerita sekitar lawatan ke Medan. Nak cerita dulu pasal penerbangan. Saya pergi berdua dengan kawan baik saya, saudara Kamarudin menaiki pesawat AIR ASIA, KL-Medan. Kami tiba jam 12 tengah hari disambut riang oleh pemandu pelancong kami iaitu Bapak Bambang atau panggilan biasa pak bambang aje. Kami dibawa menaiki mobil atau kereta pak bambang sendiri iaitu toyota unser / kijang yang telah berusia lebih sepuluh tahun. Cuma air-cond nya bagus dan nyaman sekali.
   Pertamanya yang menjadi kejutan budaya buat kami adalah jalanrayanya yang sangat padat dengan kenderaan kecil dan besar. Keretanya sangat rapat rapat bergerak, kebanyakan keretanya 70% adalah MPV menyebabkan sangat sesak di kotaraya medan ini. Bunyi HON bertalu talu memukul gegendang telinga ini dan hon ini sudah menjadi budaya orang medan bila berkereta dijalanan. Sakit hari betul dengan bunyi bunyi hon yang tak henti henti berbunyi ditambah lagi dengan jalan yang sesak.
   Setelah dikaji tentang hon ini, rupa rupanya hon ini sudah menjadi bahasa isyarat ketiga memandu dijalan jalan sesak di medan. Bunyi bunyi hon ini juga yang dapat mencegah dari berlakunya perlangggaran walaupun kereta kereta bergerak sangat rapat. Memang menakjubkan sepanjang 3 hari saya dan kawan di medan, tidak pernah satu pun eksiden yang berlaku di jalan raya di medan. Kalau di KL atau di Klang, dalam sehari itu pasti ada satu atau dua kejadian eksiden berlaku dapat dilihat.
   Bunyi HON sekali bererti aku ada kat belakang kau, jaga jaga. Bunyi HON 2 kali bererti tolong ketepi sikit, aku nak memotong kau. Bunyi HON panjang, bererti kau nie lambat betul ... cepat sikit jalan tu. Aku potong kau ajelah .... begitulah serba sedikit makna isyarat HON di medan yang aku tanyakan pada pak bambang. Kadang kadang kalau kita cuma tahu nak marah tapi tak mahu cari punca berlakunya perkara yang kita tak senangi, seperti bunyi bunyi hon ini ... memang menyakitkan telinga tetapi kesannya jalanraya itu selamat tanpa kemalangan. Insya-allah.

As salam

Assalamualaikum buat pembaca blog ini, harapan saya agar kalian semua berada di dalam keadaan sihat. Wah, dah lama juga saya tak update blog ini, tetapi setelah saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan web web saya yang lain, maka tinggal blog ini sahaja untuk saya bercerita.
   Yang terkini berita adalah berkenaan dengan tsunami di negara matahari terbit iaitu Jepun atau dalam bahasa jepun dipanggil Nippon. Kawasan yang paling teruk sekali ialah di daerah Sendai, iaitu sebuah kawasan rata yang penuh dengan tanaman padi dan sayur sayuran dilanda air laut tsunami.
   Menurut rakan saya yg baru sahaja datang ke Malaysia minggu lepas iaitu Numata San, kawasan rumahnya iaitu di kawasan Chiba, berdekatan dengan Tokyo walaupun tidak dilanda Tsunami, seluruh tanah di sekeliling rumahnya terangkat ke atas selepas gemba, menyebabkan rumahnya seperti mendap separuh ke dalam tanah. Menurutnya lagi seramai lebih 35 ribu orang telah terkorban dan lebih 35 ribu lagi hilang tidak dapat dikesan. Tapi apa yang menyedihkan, ketika tsunama itu sedang melanda, kebanyakan yang terkorban tinggal di dalam rumah dengan harapan dapat selamatkan diri. Yang selamat cuma yang dapat melarikan diri ke kawasan bukit atau di atas bumbung bangunan bangunan yang besar sahaja. Tinggi air ketika itu adalah di antara 10 meter ke 15 meter dan bertekanan kuat membawa lumpur dari laut.
   Apa apa pun kita di Malaysia ini harus beringat bahawa bencana kalau datang tanpa di undang, waktu kita berasa selamat itu lah selalu datangnya musibah ... juga dugaan dari Allah S.W.T untuk hambanya. Selalulah kita sebagai orang islam melakukan perkara yang disuruh, menegah perkara yang dilarang syarak agar kita dilindungi Allah bila bila masa. Seringan ringan perkara adalah meninggalkan solat, maka jagalah solat 5 waktu sebaik baiknya.