Saturday, August 7, 2010

Trip to Beijing China

Bulan lepas, July 2010 saya telah menyertai trip to Beijing, China melalui travel agency MayFlower untuk lawatan selama 5 hari 3 malam. Seramai 100 orang telah menyertai rombongan ini dengan menaiki pesawat boeing 747 China Air dari KLIA terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing BIA selama 6 jam lebih.
Ada beberapa tempat menarik yang telah kami lawati, antaranya adalah Forbidden City, Golden Pallace,Olympic Stadium, Golden Temple dan Tembok Besar China. Waktu itu China dalam musim panas, suhu di antara 34 ke 40 darjah celcius dan tiada langsung awan di langit.
Kenangan manis yang tak dapat dilupakan adalah dapat menaiki Tembok Besar China yg dibina tinggi di puncak gunung, dan juga merasai suasana di bandaraya beijing yang sangat luas.Begitu juga pengalaman bertegang urat dengan penjual barang barang tiruan bermutu tinggi di pasar Xiu Shui dan berjalan jalan di Wang Shu Jing Street yg mana terdapatnya gedung dan toko2 jenama mewah seperti Zara, Rolex, Tag Haeur, Adidas, Nike, Gucci dan lain lain lagi.
Pengalaman di beijing pasti tersemat dalam ingatan ... semoga dapat ke sana lagi.

Thursday, April 29, 2010

assalamualaikum

Dah lama tak update blog saya nie ... berita terbaru affliate commission baru aje diterima ... kali kedua untuk tempoh jan hingga apr 2010. Keyakinan tentang buat duit di internet semakin kuat, apatah lagi dah mencuba sejak Oktober 2009 lagi . Walaupun tak banyak ... dah lebih RM2000 commission diperolehi melalui Paypal lalu ditransfer ke akaun maybank saya. Satu nilai yang agak mengembirakan saya yang baru di internet marketing. Usaha dan tawakkal tangga kejayaan ...... insya-allah

Sunday, March 28, 2010

affiliate commission

Syukur pada Allah kerana dengan izinnya ... affiliate commission saya telah pun memasuki paypal saya. Cuma kena buat withdraw dari paypal ke maybank dalam 3 hari bekerja. Setelah berusaha merealisasikan angan angan untuk menjana wang melalui internet marketing sejak awal tahun 2010, hari ini segala penantian dah berakhir. Usaha dan tawakkal untuk berjaya. Walaupun affiliate commision yang dapat tidak seberapa, tapi setelah tolak kembali modal, masih punya untung yang ok.
   Bila dah dapat sekali pasti nak lagi ... begitulah lumrah kehidupan. Harap harap akan ada lagi affiliate commision kalau boleh dijanakan setiap bulan. Bolehlah digunakan untuk jalan kebaikan. Insya-Allah.

Saturday, March 6, 2010

Mari bercerita tentang buat duit di internet

   Kali ini saya ingin menulis pandangan saya tentang buat duit di internet. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas kepada sesiapa yang telah berjaya memperolehi pendapatan melalui internet terutamanya apabila menjalankan bisnes sendiri dari rumah seperti tudung, beg atau sebagainya. Ada juga yang menyertai program program tertentu di internet, tak kiralah skim cepat kaya ke, forex ke ataupun mlm sama ada peringkat luar negara atau di dalam negara. Andai kata sudah punya pendapatan melalui program program ini, saya ucapkan syabas dan semoga terus maju.
   Keduanya hasil daripada pembelajaran saya dalam 6 bulan kebelakangan ini, barulah saya faham apa itu internet marketing dan internet marketer. Kepada yang baru mahu berjinak ke dalam dunia internet marketing ini, haruslah saya ingatkan bahawa anda perlu banyak berkorban wang dan masa sebelum anda mampu menjana wang di internet. Hakikatnya amat sukar sekali untuk menjana wang di internet masa kini kerana terlampaulah banyaknya persaingan di kalangan internet marketer di dunia internet marketing ini.
   Ketiganya ... dalam banyak2 IM (internet marketer) hanya 10 % sahaja yang betul betul make money on the internet ... hukum 10/90 dan jangan anda terkejut kerana yang betul betul jana duit hanyalah penganjur program program dapat wang sahaja, yang menyertainya dengan harapan mahu buat wang besar ramai yang gagal. Maka apabila anda memasuki alam IM ini, niat tu biarlah untuk belajar dulu .... sehingga anda mampu menjadi penganjur sesuatu program . Setelah itu barulah ada menjana wang di internet ... silap silap terus jadi jutawan dan digilai ramai pengikut.
   Keempat, saya berpendapat (kalau silap harap maafkan) menjana wang di internet ini adalah sama seperti sebuah kisah ... ada sebuah lombong yang dikatakan ada emas ... maka berduyun duyunlah orang ramai datang untuk melombong emas di situ. Maka di sebelah lombong itu muncul sebuah khemah ala sebuah kedai menjual peralatan melombong ... cangkul, dulang dan sebagainya. Lalu ramainya orang membeli peralatan peralatan itu dengan banyaknya ... kerana lagi banyak alatan, lagi cepat dapat emas ... pakcik kayo! Setelah sebulan , ada yang dapat jumpa emas, dan ada yang tidak ... biasalah ikut rezeki masing masing. Jadi siapa yang sebenarnya kaya raya ... kalau ikut pendapatan, yang menjual peralatan melombong itu yang jadi kaya raya , bukannya pelombong tadi. Bila disamakan dengan dunia internet , lombong itu internet, yang jual peralatan itulah penganjur program dan yang melombong itulah si dia yang berduyun duyun menyertai program program di internet ... so siapa sebenarnya yang menjana wang di internet dan siapa banyak banyak berbelanjakan wang di internet ... tepuk dada tanya selera. Sampai di sini dulu.

Wasalam

Tuesday, February 16, 2010

Bercerita tentang bali Indonesia ( In bahasa )

Assalamualaikum,
   Terima kasih kerana meluangkan masa membaca ruangan blog ini. Kali nie di tengah tengah mood cuti panjang tahun baru cina 2010 saya ingin bercerita pasal tempat yang saya pernah lawati sebanyak 2 kali pada 2008 dan 2009. Pastinya harap tahun ini 2010 saya dapat pergi lagi ke pulau dewata ini.
   Bali sebuah pulau peranginan antara destinasi pelancong dunia dan pastinya adalah salah satu pusat pelancongan bertaraf dunia yang diidamkan ramai orang untuk melancong ke sana. Terima kasih kepada AirAsia dengan memperkenalkan tambang murahnya ... kini semua orang boleh terbang.
   Kepada sesiapa yang kurang mengenali Bali, masyarakatnya lebih 90% adalah penduduk pulau Jawa asalnya yang sehingga kini masih menganut agama Hindu Bali. Penuh percaya dengan Karma ... buat baik berbalas baik, maka sehingga kini masyarakat Bali masih lagi mengekalkan ciri ciri tradisi kebaliannya. Ini membuatkan bali ini satu pulau yang unik kerana masyarakatnya yang belum tercemar dengan kehidupan pengaruh dari barat.
   Tidak dinafikan juga dengan alam semulajadi bali yang mengasyikkan dengan ditemani oleh dua buah gunung berapi yang tidur ... gunung agung dan gunung beratan. Bersambung kemudian........
  

Perkembangan Bolasepak Malaysia ( In Bahasa )

Assalamualaikum,
   Terima kasih kerana masih membaca ruang blog saya ini. Kali ini apa yang ingin saya sampaikan adalah berkenaan dengan keadaan bolasepak malaysia terutamanya liga malaysia yang sedang berlangsung waktu ini.
   Apabila siaran ulangan diadakan oleh RTM1 pada lewat malam malam tertentu, pastinya tahniah buat RTM1 sebab secara tidak langsung telah membantu menaikkan semula minat rakyat malaysia untuk bersila di depan tv untuk menyaksikan perlawanan bolasepak tempatan.
   So di sini ingin sekali saya menyampaikan pendapat saya sebagai seorang peminat bolasepak malaysia khususnya dan dunia umumnya. Dari kecil saya amat meminati sukan bolasepak di mana sewaktu darjah 4 saya sudah menyimpan cita cita untuk menjadi pemain handalan sekolah saya ... skk keruh pengkalan hulu perak.Bila ada pertandingan bolasepak antara sekolah ... walaupun cuma pertandingan peringkat sekolah rendah tapi riuh rendah pertandingan mengalahkan pertandingan peringkat liga malaysia.
   Setiap perlawanan diadakan sebelah petang dan saya juga tak melepaskan peluang melihat dari tepi padang setiap perlawanan yang berlangsung terutama melibatkan pasukan sekolah saya. Apa yang mengingatkan saya adalah kebanjiran orang ramai datang menyaksikan pertandingan yang diadakan ... memang cukup meriah dan riuh rendah ... sokongan jerit pekik dari orang ramai.
   Pelik tapi benar ... bilangan orang yang datang melihat pertandingan bolasepak peringkat sekolah rendah lehih bagus dari kedatangan orang ke stadium menyaksikan pemain profesional bermain untuk liga di malaysia.
Kenapanya ... saya sering tertanya tanya . Mungkinkah kerana faktor kena bayar atau kena beli tiket?
   Ini adalah pendapat saya berkenaan perkara ini ... orang akan ramai datang menyaksikan sesuatu perlawanan bolasepak yang ada daya tarikan tersendiri, ada kualiti perlawanan yang baik dan menyentuh perasaan orang yang menyaksikannya. So apakah liga malaysia yang ada kini tidak ada ciri ciri ini? ... tepuk dada tanya selera.

Haslin Hussain
Bekas pemain bolasepak sekolah berjersi 8
di era mokhtar dahari.

www.haslinhussain.ws
www.one-value-resources.com
www.valuecashmoney.com
www.carmalaysia.ws

   

Friday, February 12, 2010

Selamat tahun baru cina ( in bahasa )

Selamat tahun baru cina kepada rakan rakan berbangsa cina. Nampaknya tahun nie meriah kerana temanya tahun harimau. Pastinya di kala ini rakyat malaysia berduyun duyun untuk pulang ke kampung sempena cuti 4 hari plus plus.
Apabila cuti panjang pastinya lebuhraya tu penuh dengan kereta ... teringat waktu dulu masa masih ada kampung, cuma di ipoh tapi bila lebuhraya utara selatan tu padat dengan kereta ... 2 jam setengah dah jadi 6 jam baru sampai ke kampung. Itu dulu ... sekarang nie mungkin dah banyak penbaikan ... harap harap tahun nie perjalanan jadi lancar.
Selain dari balik kampung, ramai juga yang pergi bercuti ... itulah tanda kemakmuran negara kita malaysia, boleh pergi bercuti tanpa ada rasa takut ... rasa gembira lagi adalah. Baguslah sebab pelancongan boleh jadi industri yang menguntungkan pada malaysia ... meningkatkan ekonomi dan membantu menambah peluang kerja.
Kepada yang tak kemana mana tu bolehlah duduk berehat kat rumah ... boleh mengemas rumah, al-maklumlah sawang kat siling dan dinding itu kan harus dibersihkan. Persekitaran rumah juga harus bersih demi menjaga kesihatan kita semua.

www.haslinhussain.ws
www.valuecashmoney.com
www.one-value-resources.com

Sunday, January 17, 2010

One Value discount programme ( in bahasa )

Program diskaun ahli One Value akan dilancarkan pada Jun 2010. Program ini adalah berkonsepkan perkongsian keuntungan melalui rebet pembelian kepada barangan yang terpilih dan dikelolakan oleh One Value Resources iaitu sebuah syarikat yang membekalkan produk berasaskan keperluan rumah, elekrik dan electonik.  Pengenalan kepada program ini adalah seperti berikut.

Kelebihan menjadi ahli One Value

   1) Mendapat tawaran HEBAT diskaun 90% ke atas barangan yang dibeli. ( Kadar semasa harga  barangan  RM1000~RM1200 tapi cuma perlu membayar RM100 sahaja ) WOW!
   2) Tawaran HEBAT ini diadakan 4 kali setahun kepada AHLI!
   3) Program ini adalah untuk 5 tahun dan sangat ekslusif kerana hanya 1000 ahli untuk seluruh Malaysia.
   4) Percuma Domain dan Website Hosting untuk ahli

Antara anika pilihan barangan yang ditawarkan pada RM100 sahaja ...

1) Acer Netbook AspireOne bernilai RM1200 di pasaran
2) Nokia Handphone E-series white bernilai RM1100 di pasaran
3) LCD TV Samsung 3-series bernilai RM1200 di pasaran
4) Model terbaru Sony Playstation 3 set bernilai RM1200 di pasaran
5) Voucher RM1000 dari Jusco/ Giant/ Tesco/ Carrefour
6) Dan Lain Lain ...

Jadi, kepada yang berminat ... syarat syaratnya adalah berikut

1) 18 tahun ke atas
2) Rakyat Malaysia
3) Membayar yuran pengurusan cuma RM100 setahun.

Kepada yang benar benar ingin merasai kehebatan program ini ... sila taip

"Saya berminat untuk menjadi ahli One Value" dan emailkan ke
principle@haslinhussain.ws  atau
hussain_haslin@yahoo.com

untuk mendapatkan tarikh "sesi penyesuaian program" kerana keahlian sangat terhad...
cuma 1000 ahli seluruh Malaysia . PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA!

See the reaching before the reaching.

Wednesday, January 13, 2010

Making Money Online

Today is 13 January 2010 and past few days i started making money on the internet through my unic
money making opportunity website http://www.valuecashmoney.com/ .
   Already 3 months on the internet, seeking the money making opportunity and finally i got my first
commission through innovation sales and marketing strategy. I believe this is the starting point in
becoming the good income internet marketeer 2010.
   While many people is struggling in making the first earn on the internet, it is because they didn't find
the effective way on tuning the traffic to customer. For me, the internet business is not that easy, but
always think about the NICHE ... provide solution for the people who has a problem and the bussiness
will grow.
   Last but not least ... do not hesitate ... visit the niche website http://www.valuecashmoney.com/ for
the person who is struggling in making money on the internet .

See The Reaching Before The Reaching

Haslin Hussain
http://www.haslinhussain.ws/
One Value Discounts Club



Saturday, January 2, 2010

Year 2010

Happy new year 2010 to everyone. Since this is my first posting, i would like to wish you good luck in 2010, hopes that your wishes will come true. Also very thank to all of you for visiting my
blog area, i will keep my blog updates with new infos hopefully there are benefits for you after visiting my blog.
Of course me myself has a targets to be achieved in 2010 such as visiting Thailand, gaining my first $5000 per month in my current internet business and maintain my health lifestyle by gyming challenge and my diet programme.
So how about your target this year 2010? I hope you have your target in writing and be placed at the area you are easier to see or improve them. Me myself is putting all the target of 2010 achievement in my netbook and my diary so it is easy for me to review and do some correction
notes in achieving the target. So far this is the effective way in achieving your target since my 2008-2009 achievements is 100%. Wow unbeliveble, but thats true.

See the Reaching before the Reaching

Haslin Hussain

www.haslinhussain.ws
Your Value People Search Engine