Sunday, March 28, 2010

affiliate commission

Syukur pada Allah kerana dengan izinnya ... affiliate commission saya telah pun memasuki paypal saya. Cuma kena buat withdraw dari paypal ke maybank dalam 3 hari bekerja. Setelah berusaha merealisasikan angan angan untuk menjana wang melalui internet marketing sejak awal tahun 2010, hari ini segala penantian dah berakhir. Usaha dan tawakkal untuk berjaya. Walaupun affiliate commision yang dapat tidak seberapa, tapi setelah tolak kembali modal, masih punya untung yang ok.
   Bila dah dapat sekali pasti nak lagi ... begitulah lumrah kehidupan. Harap harap akan ada lagi affiliate commision kalau boleh dijanakan setiap bulan. Bolehlah digunakan untuk jalan kebaikan. Insya-Allah.

Saturday, March 6, 2010

Mari bercerita tentang buat duit di internet

   Kali ini saya ingin menulis pandangan saya tentang buat duit di internet. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas kepada sesiapa yang telah berjaya memperolehi pendapatan melalui internet terutamanya apabila menjalankan bisnes sendiri dari rumah seperti tudung, beg atau sebagainya. Ada juga yang menyertai program program tertentu di internet, tak kiralah skim cepat kaya ke, forex ke ataupun mlm sama ada peringkat luar negara atau di dalam negara. Andai kata sudah punya pendapatan melalui program program ini, saya ucapkan syabas dan semoga terus maju.
   Keduanya hasil daripada pembelajaran saya dalam 6 bulan kebelakangan ini, barulah saya faham apa itu internet marketing dan internet marketer. Kepada yang baru mahu berjinak ke dalam dunia internet marketing ini, haruslah saya ingatkan bahawa anda perlu banyak berkorban wang dan masa sebelum anda mampu menjana wang di internet. Hakikatnya amat sukar sekali untuk menjana wang di internet masa kini kerana terlampaulah banyaknya persaingan di kalangan internet marketer di dunia internet marketing ini.
   Ketiganya ... dalam banyak2 IM (internet marketer) hanya 10 % sahaja yang betul betul make money on the internet ... hukum 10/90 dan jangan anda terkejut kerana yang betul betul jana duit hanyalah penganjur program program dapat wang sahaja, yang menyertainya dengan harapan mahu buat wang besar ramai yang gagal. Maka apabila anda memasuki alam IM ini, niat tu biarlah untuk belajar dulu .... sehingga anda mampu menjadi penganjur sesuatu program . Setelah itu barulah ada menjana wang di internet ... silap silap terus jadi jutawan dan digilai ramai pengikut.
   Keempat, saya berpendapat (kalau silap harap maafkan) menjana wang di internet ini adalah sama seperti sebuah kisah ... ada sebuah lombong yang dikatakan ada emas ... maka berduyun duyunlah orang ramai datang untuk melombong emas di situ. Maka di sebelah lombong itu muncul sebuah khemah ala sebuah kedai menjual peralatan melombong ... cangkul, dulang dan sebagainya. Lalu ramainya orang membeli peralatan peralatan itu dengan banyaknya ... kerana lagi banyak alatan, lagi cepat dapat emas ... pakcik kayo! Setelah sebulan , ada yang dapat jumpa emas, dan ada yang tidak ... biasalah ikut rezeki masing masing. Jadi siapa yang sebenarnya kaya raya ... kalau ikut pendapatan, yang menjual peralatan melombong itu yang jadi kaya raya , bukannya pelombong tadi. Bila disamakan dengan dunia internet , lombong itu internet, yang jual peralatan itulah penganjur program dan yang melombong itulah si dia yang berduyun duyun menyertai program program di internet ... so siapa sebenarnya yang menjana wang di internet dan siapa banyak banyak berbelanjakan wang di internet ... tepuk dada tanya selera. Sampai di sini dulu.

Wasalam