Friday, February 12, 2010

Selamat tahun baru cina ( in bahasa )

Selamat tahun baru cina kepada rakan rakan berbangsa cina. Nampaknya tahun nie meriah kerana temanya tahun harimau. Pastinya di kala ini rakyat malaysia berduyun duyun untuk pulang ke kampung sempena cuti 4 hari plus plus.
Apabila cuti panjang pastinya lebuhraya tu penuh dengan kereta ... teringat waktu dulu masa masih ada kampung, cuma di ipoh tapi bila lebuhraya utara selatan tu padat dengan kereta ... 2 jam setengah dah jadi 6 jam baru sampai ke kampung. Itu dulu ... sekarang nie mungkin dah banyak penbaikan ... harap harap tahun nie perjalanan jadi lancar.
Selain dari balik kampung, ramai juga yang pergi bercuti ... itulah tanda kemakmuran negara kita malaysia, boleh pergi bercuti tanpa ada rasa takut ... rasa gembira lagi adalah. Baguslah sebab pelancongan boleh jadi industri yang menguntungkan pada malaysia ... meningkatkan ekonomi dan membantu menambah peluang kerja.
Kepada yang tak kemana mana tu bolehlah duduk berehat kat rumah ... boleh mengemas rumah, al-maklumlah sawang kat siling dan dinding itu kan harus dibersihkan. Persekitaran rumah juga harus bersih demi menjaga kesihatan kita semua.

www.haslinhussain.ws
www.valuecashmoney.com
www.one-value-resources.com

No comments:

Post a Comment