Tuesday, February 16, 2010

Bercerita tentang bali Indonesia ( In bahasa )

Assalamualaikum,
   Terima kasih kerana meluangkan masa membaca ruangan blog ini. Kali nie di tengah tengah mood cuti panjang tahun baru cina 2010 saya ingin bercerita pasal tempat yang saya pernah lawati sebanyak 2 kali pada 2008 dan 2009. Pastinya harap tahun ini 2010 saya dapat pergi lagi ke pulau dewata ini.
   Bali sebuah pulau peranginan antara destinasi pelancong dunia dan pastinya adalah salah satu pusat pelancongan bertaraf dunia yang diidamkan ramai orang untuk melancong ke sana. Terima kasih kepada AirAsia dengan memperkenalkan tambang murahnya ... kini semua orang boleh terbang.
   Kepada sesiapa yang kurang mengenali Bali, masyarakatnya lebih 90% adalah penduduk pulau Jawa asalnya yang sehingga kini masih menganut agama Hindu Bali. Penuh percaya dengan Karma ... buat baik berbalas baik, maka sehingga kini masyarakat Bali masih lagi mengekalkan ciri ciri tradisi kebaliannya. Ini membuatkan bali ini satu pulau yang unik kerana masyarakatnya yang belum tercemar dengan kehidupan pengaruh dari barat.
   Tidak dinafikan juga dengan alam semulajadi bali yang mengasyikkan dengan ditemani oleh dua buah gunung berapi yang tidur ... gunung agung dan gunung beratan. Bersambung kemudian........
  

No comments:

Post a Comment