Tuesday, February 16, 2010

Perkembangan Bolasepak Malaysia ( In Bahasa )

Assalamualaikum,
   Terima kasih kerana masih membaca ruang blog saya ini. Kali ini apa yang ingin saya sampaikan adalah berkenaan dengan keadaan bolasepak malaysia terutamanya liga malaysia yang sedang berlangsung waktu ini.
   Apabila siaran ulangan diadakan oleh RTM1 pada lewat malam malam tertentu, pastinya tahniah buat RTM1 sebab secara tidak langsung telah membantu menaikkan semula minat rakyat malaysia untuk bersila di depan tv untuk menyaksikan perlawanan bolasepak tempatan.
   So di sini ingin sekali saya menyampaikan pendapat saya sebagai seorang peminat bolasepak malaysia khususnya dan dunia umumnya. Dari kecil saya amat meminati sukan bolasepak di mana sewaktu darjah 4 saya sudah menyimpan cita cita untuk menjadi pemain handalan sekolah saya ... skk keruh pengkalan hulu perak.Bila ada pertandingan bolasepak antara sekolah ... walaupun cuma pertandingan peringkat sekolah rendah tapi riuh rendah pertandingan mengalahkan pertandingan peringkat liga malaysia.
   Setiap perlawanan diadakan sebelah petang dan saya juga tak melepaskan peluang melihat dari tepi padang setiap perlawanan yang berlangsung terutama melibatkan pasukan sekolah saya. Apa yang mengingatkan saya adalah kebanjiran orang ramai datang menyaksikan pertandingan yang diadakan ... memang cukup meriah dan riuh rendah ... sokongan jerit pekik dari orang ramai.
   Pelik tapi benar ... bilangan orang yang datang melihat pertandingan bolasepak peringkat sekolah rendah lehih bagus dari kedatangan orang ke stadium menyaksikan pemain profesional bermain untuk liga di malaysia.
Kenapanya ... saya sering tertanya tanya . Mungkinkah kerana faktor kena bayar atau kena beli tiket?
   Ini adalah pendapat saya berkenaan perkara ini ... orang akan ramai datang menyaksikan sesuatu perlawanan bolasepak yang ada daya tarikan tersendiri, ada kualiti perlawanan yang baik dan menyentuh perasaan orang yang menyaksikannya. So apakah liga malaysia yang ada kini tidak ada ciri ciri ini? ... tepuk dada tanya selera.

Haslin Hussain
Bekas pemain bolasepak sekolah berjersi 8
di era mokhtar dahari.

www.haslinhussain.ws
www.one-value-resources.com
www.valuecashmoney.com
www.carmalaysia.ws

   

No comments:

Post a Comment