Saturday, April 16, 2011

As salam

Assalamualaikum buat pembaca blog ini, harapan saya agar kalian semua berada di dalam keadaan sihat. Wah, dah lama juga saya tak update blog ini, tetapi setelah saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan web web saya yang lain, maka tinggal blog ini sahaja untuk saya bercerita.
   Yang terkini berita adalah berkenaan dengan tsunami di negara matahari terbit iaitu Jepun atau dalam bahasa jepun dipanggil Nippon. Kawasan yang paling teruk sekali ialah di daerah Sendai, iaitu sebuah kawasan rata yang penuh dengan tanaman padi dan sayur sayuran dilanda air laut tsunami.
   Menurut rakan saya yg baru sahaja datang ke Malaysia minggu lepas iaitu Numata San, kawasan rumahnya iaitu di kawasan Chiba, berdekatan dengan Tokyo walaupun tidak dilanda Tsunami, seluruh tanah di sekeliling rumahnya terangkat ke atas selepas gemba, menyebabkan rumahnya seperti mendap separuh ke dalam tanah. Menurutnya lagi seramai lebih 35 ribu orang telah terkorban dan lebih 35 ribu lagi hilang tidak dapat dikesan. Tapi apa yang menyedihkan, ketika tsunama itu sedang melanda, kebanyakan yang terkorban tinggal di dalam rumah dengan harapan dapat selamatkan diri. Yang selamat cuma yang dapat melarikan diri ke kawasan bukit atau di atas bumbung bangunan bangunan yang besar sahaja. Tinggi air ketika itu adalah di antara 10 meter ke 15 meter dan bertekanan kuat membawa lumpur dari laut.
   Apa apa pun kita di Malaysia ini harus beringat bahawa bencana kalau datang tanpa di undang, waktu kita berasa selamat itu lah selalu datangnya musibah ... juga dugaan dari Allah S.W.T untuk hambanya. Selalulah kita sebagai orang islam melakukan perkara yang disuruh, menegah perkara yang dilarang syarak agar kita dilindungi Allah bila bila masa. Seringan ringan perkara adalah meninggalkan solat, maka jagalah solat 5 waktu sebaik baiknya.

No comments:

Post a Comment